Friday, April 1, 2022

Tentang Diri


 Assalamualaikum dan hai, nama diberi Nur Fariysha Binti Ab Rahim. Boleh panggil Sha je. Alhamdulillah dilahirkan di Hospital Kota Bharu pada 11 Jun 2000. Kalau sebut Kota Bharu mestilah Kelantan dok? Hehe saya berasal dari negeri Kelantan atau negeri Cik Siti Wan Kembang. Tapi, jangan salah faham saya asal Tanah Merah. Saya mengambil jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia. Bersyukur kepada Allah yang Maha Esa, diberikan rezeki dalam bidang bahasa Melayu. Dapat menjejakkan kaki di universiti yang tersohor di Malaysia dengan ranking kedua terbaik selepas Universiti Malaya. 

Kalau mengenai diri, mesti cerita pasal keluarga dok? Saya mempunyai keluarga yang besar, ada 9 adik-beradik. 5 lelaki dan 4 perempuan. Saya merupakan anak bongsu dan paling rajin dalam keluarga. Hobi saya suka menanam bunga di halaman rumah. Tanam bunga? ya. Bagi saya hobi ni paling menenangkan sebab bila pagi kita dapat tengok bunga-bunga kembang. Maka, terciptalah nama blog 'Bunga Pagi'. 

No comments:

Post a Comment

Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

 Tugasan ini memerlukan setiap kumpulan membuat pembentangan bagi buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rah...