Thursday, June 30, 2022
Wednesday, June 15, 2022
Pembentangan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa
Ulasan buku berkumpulan merupakan tugasan yang memerlukan semua ahli kumpulan sama ada kumpulan yang mempunyai ahli 10 atau 11 orang membentangkan ringkasan berkaitan buku Multimedia dalam Bahasa oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Kami diberikan masa hanya 30 minit bagi membentang ketujuh-tujuh iaitu Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu, Konflik Nilai melalui Teknologi Animasi, Interaksi Kumpulan Kecil Pelajar terhadap Media Sosial, Wacana Ujaran dalam Penggunaan Media Sosial, Asas Grafik dalam Multimedia, Asas Videografi dalam Bahasa dan Impak Multimedia dalam Bahasa. Berdasarkan tajuk tersebut saya mendapat bab ketiga iaitu interaksi kumpulan kecil pelajar terhadap media sosial. Apa yang saya belajar daripada tugasan ini ialah kita mestilah menghargai masa dan memastikan ahli lain mendapat peluang yang sama seperti kita. Jangan pentingkan diri sendiri kerana kita berkumpulan. Berikut merupkan pautan google drive bagi slide ulasan buku (kumpulan) bagi VA Production. Semoga bermanfaat.
https://drive.google.com/file/d/1v_-8tHXedh0SXjVyTWGxlHZIW6C66lSY/view?usp=sharing
Pembentangan PODCAST
Asas Videografi: VIDEO SETEMPAT
Video setempat merupakan video yang dirakam secara spontan dan mungkin menjadi kenangan yang bermakna untuk seseorang. Video setempat yang dihasilkan di kandang rusa yang berdekatan dengan rumah. Lokasi yang dipilih kerana tempat membela rusa jarang ditemui dan sangat menarik melihat rusa. Cabaran yang dihadapi semasa merakam video setempat ialah rusa yang lari menjauh kerana mungkin takut dengan orang luar. Namun, apa yang unik ialah rusa tersebut lari bersama-sama tanpa meninggalkan anak rusa tersebut. Selamat menonton dan semoga bermanfaat kepada semua.
Asas Videografi: DOKUMENTARI
Video dokumentari merupakan video yang dilakukan seperti seorang wartawan dan membawakan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Penulis bersama ahli kumpulan yang lain menyiapkan video dokumentari yang bertemakan merkuri. Pemilihan tajuk dibincangkan dan dipersetujui bersama. Kami membahagikan tugas masing-masing agar sama rata. Ikuti video dokumentari VA Production. Jangan lupa like, komen dan subscribe. Semoga bermanfaat kepada semua.
ASAS VIDEOGRAFI: Video Seram
Siapa di sini peminat cerita seram? Boleh dikatakan ramai yang meminati filem yang memasukkan unsur bersifat mistik dan juga ritual yang meremang bulu roma. Penulis juga merupakan salah seorang yang sangat meminati filem genre seram. Penulis serta ahli kumpulan diberikan tugas untuk membuat rakaman video seram. Namun, kumpulan kami ada yang berada di rumah dan kolej. Oleh itu, kami memilih jalan cerita yang sangat berkait dengan kami yang bergelar mahasiswa universiti. Selamat menonton video dari VA Production dan jangan lupa tinggalkan komen yang dapat membantu kami meningkatkan kemahiran dalam bidang ini. Terima kasih
ASAS FOTOGRAFI: Video Tragedi
Video tragedi sangat menarik untuk ditonton terutama mereka yang meminati genre seram. Namun, proses penghasilannya tidak begitu mudah dan boleh dianggap sukar. Penulis sebagai watak utama sangat menghadapi cabaran yang mana terpaksa mengambil berkali-kali scene yang sama agar watak sebagai pelajar yang gagal dapat dibawa dengan baik. Setiap cabaran mesti ada jalan penyelesaiannya. Terima kasih kepada ahli kumpulan yang sangat membantu dalam memberikan peluang untuk membuat yang lebih baik. Selamat menonton dan jangan lupa like, komen dan subscribe.
Friday, June 10, 2022
INFOGRAFIK: Media Sosial
Sepanjang semester ini, penulis telah mempelajari tujuh media sosial iaitu Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok, Youtube dan Blog. Pengalaman menggunakan ketujuh-tujuh aplikasi tersebut sangat membantu dalam kehidupan seharian serta meningkatkan lagi kemahiran dalam memanfaatkan bidang media sosial. Terdapat pelbagai kelebihan yang telah dikenalpasti bagi kesemua media sosial yang dinyatakan. Ikuti infografik di bawah berkaitan kelebihan media sosial tersebut. Gunakan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian dan jangan pula terlalu taksub. Semoga bermanfaat kepada semua.
Thursday, June 9, 2022
VIDEO MUSIK DUA INSAN
Sebenarnya, penghasilan video musik Dua Insan tidaklah mudah. Kumpulan kami yang terdiri daripada 11 orang bunga dan tidak ada seekornya kumbang. Video yang terhasil merupakan idea daripada pembincangan bagi memastikan lirik lagu dan jalan cerita adalah sama. Berikut merupakan pautan bagi video musik Dua Insan kumpulan VA Production. Selamat menonton.
Wednesday, June 8, 2022
VIDEO FOKUS
Video fokus merupakan video yang diambil tanpa melibatkan wajah seseorang. Oleh itu, mereka yang terlibat boleh menggunakan apa-apa barang bagi menyampaikan jalan cerita yang diinginkan.
Berikut merupakan pautan bagi kumpulan VA Production bagi video fokus. Video yang nampak biasa, namun tidak mudah untuk menjadikannya jalan cerita yang menarik. Selamat menonton. Jangan lupa like, komen dan subscribe.
Friday, June 3, 2022
Linkedln: PENGENALAN
Aplikasi linkedln, pernah dengar tapi tak pernah tahu fungsinya. Akhirnya, berjaya daftar akaun linkedln untuk meluaskan dan mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang kita ceburi. Semoga peluang pekerjaan pada masa akan datang semakin meluas. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aplikasi ini.
www.linkedin.com/in/nur-fariysha-ab-rahim-a03b50240
Wednesday, June 1, 2022
Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa
Tugasan ini memerlukan setiap kumpulan membuat pembentangan bagi buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rah...
-
. Close Up Lokasi: Kg, Belimbing Masa: 9.20 malam Tarikh: 11.04.2022 Model: Danish Aiman Lokasi: Kg, Belimbing Masa: 2.05 petang Tarikh:...
-
MINGGU 1 Tentang Diri KEHADIRAN MINGGU 1 MINGGU 2 Elemen Grafik Infografik Instagram Instagram: DIA & PASSION KEHADIRAN MINGGU 2 MINGGU ...
-
Sebagai pelajar universiti, senaman sangat penting untuk mengurangkan stress. Pada masa yang sama, senaman membantu mengeluarkan peluh. Sek...