Tugasan ini memerlukan setiap kumpulan membuat pembentangan bagi buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Pembentangan ini melibatkan 7 bab dalam buku tersebut. Pelajar perlu membuat pembentangan ketujuh-tujuh bab tersebut bersama ahli kumpulan. Setiap ahli perlu mengambil bahagian masing-masing semasa pembentangan. Masa yang diberikan hanya 30 mnit bagi kumpulan yang mempunyai 10 atau 11 orang ahli. Kerjasama pada masa pembentangan sangat diperlukan bagi menjayakannya mengikut masa yang diberikan.
Bunga Pagi
Nikmati Setiap Sisa Kehidupan
Thursday, July 7, 2022
TUGASAN PODCAST
Kami telah diberikan tugasan podcast iaitu kami perlu memilih tajuk podcast yang sesuai dan perlu dibentagkan di hadapan Prof. Kami diberikan tugasan untuk menerangkan secara mendalam berkaitan latar belakang, keistimewaan podcast yang dipilih dan juga kandungan yang ditonjolkan. Kami diberikan 5 minit sahaja masa pembentangan serta slide yang tidak pangjang (minimum 5 slide) bagi setiap individu.
Berikut merupakan giliran pembentangan podcast yang telah dipersetujui bersama:
1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production
Kumpulan saya merupakan VA Production dan kumpulan terakhir yang membentangkan tugasan tersebut. Pada pembentangan itu, saya merupakan ahli keempat yang membuat pembentang podcast. Saya telah memilih podcast oleh CeriKembang Studio yang bertajuk "Perlu ke Sijil Degree?"
Saturday, July 2, 2022
KETIKA DAN TAKLIMAT
Sepanjang mengikuti kursus BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa, sejujurnya saya tidak mengetahui dan terfikir untuk melakukan pelbagai tugasan berkaitan multimedia. Tidak langsung terfikir untuk membuat laman blog bagi memuatkan tugasan dan kehadiran. Boleh dikatakan kursus ini memberikan banyak tugasan kepada saya dan pelajar yang lain. Sebagai pelajar, stress tidak dapat dipisahkan. Namun, saya rasa sangat bersyukur kerana mampu menjalankan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa membantu dan menyokong. Pelajar sebenarnya perlu menubuhkan ahli kumpulan seramai 10 atau 11 orang bagi satu kumpulan. Penubuhan kumpulan tersebut terhasillah VA Production. Suka duka bersama meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit untuk masa hadapan. Dari situ, saya mula mengenali pelbagai gelagat dan perwatakan ahli yang lain. Ada yang meninggalkan kebahagian dan ada juga yang menguji kesabaran. Adat berkumpulan, kelebihan dan kekurangan perlu diatasi bersama. Jika hanya memilih kelebihan, lebih baik bergerak solo bukan?
Seterusnya, buat Prof. Dr. Normaliza terima kasih untuk segala ilmu yang diberikan. Jujur di sudut hati kursus ini sangat membantu saya membuka mata bahawa ilmu multimedia teramat penting terutama apabila memohon peluang pekerjaan nanti. Walaupun, kami mengambil bidang bahasa tidak bermakna kami perlu mengabaikan ilmu multimedia. Zaman yang serba maju sehingga kami tidak mampu menghambatknya sebenarnya memberikan peringatan kepada kami untuk terus bergiat aktif dalam multimedia. Hehe ketegasan Prof. Dr. Normaliza kadangkala meninggalkan sedikit ketakutakan, namun ketegasan tersebut mengajar saya erti berdisiplin dan sentiasa kedepan dalam melakukan tugasan. Buat Prof. Dr. Normaliza, terima kasih untuk segala ilmu yang diajarkan kepada kami dan halalkan segala ilmu yang dipelajari. Doakan kami berjaya di masa hadapan. Saya doakan Prof. Dr. Normaliza semoga panjang umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Maaf salah dan silap yang sengaja dan tidak sengaja dilakukan.
Thursday, June 30, 2022
Wednesday, June 15, 2022
Pembentangan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa
Ulasan buku berkumpulan merupakan tugasan yang memerlukan semua ahli kumpulan sama ada kumpulan yang mempunyai ahli 10 atau 11 orang membentangkan ringkasan berkaitan buku Multimedia dalam Bahasa oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Kami diberikan masa hanya 30 minit bagi membentang ketujuh-tujuh iaitu Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu, Konflik Nilai melalui Teknologi Animasi, Interaksi Kumpulan Kecil Pelajar terhadap Media Sosial, Wacana Ujaran dalam Penggunaan Media Sosial, Asas Grafik dalam Multimedia, Asas Videografi dalam Bahasa dan Impak Multimedia dalam Bahasa. Berdasarkan tajuk tersebut saya mendapat bab ketiga iaitu interaksi kumpulan kecil pelajar terhadap media sosial. Apa yang saya belajar daripada tugasan ini ialah kita mestilah menghargai masa dan memastikan ahli lain mendapat peluang yang sama seperti kita. Jangan pentingkan diri sendiri kerana kita berkumpulan. Berikut merupkan pautan google drive bagi slide ulasan buku (kumpulan) bagi VA Production. Semoga bermanfaat.
https://drive.google.com/file/d/1v_-8tHXedh0SXjVyTWGxlHZIW6C66lSY/view?usp=sharing
Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa
Tugasan ini memerlukan setiap kumpulan membuat pembentangan bagi buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rah...
-
. Close Up Lokasi: Kg, Belimbing Masa: 9.20 malam Tarikh: 11.04.2022 Model: Danish Aiman Lokasi: Kg, Belimbing Masa: 2.05 petang Tarikh:...
-
MINGGU 1 Tentang Diri KEHADIRAN MINGGU 1 MINGGU 2 Elemen Grafik Infografik Instagram Instagram: DIA & PASSION KEHADIRAN MINGGU 2 MINGGU ...
-
Sebagai pelajar universiti, senaman sangat penting untuk mengurangkan stress. Pada masa yang sama, senaman membantu mengeluarkan peluh. Sek...