Saturday, July 2, 2022

KETIKA DAN TAKLIMAT

 Sepanjang mengikuti kursus BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa, sejujurnya saya tidak mengetahui dan terfikir untuk melakukan pelbagai tugasan berkaitan multimedia. Tidak langsung terfikir untuk membuat laman blog bagi memuatkan tugasan dan kehadiran. Boleh dikatakan kursus ini memberikan banyak tugasan kepada saya dan pelajar yang lain. Sebagai pelajar, stress tidak dapat dipisahkan. Namun, saya rasa sangat bersyukur kerana mampu menjalankan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa membantu dan menyokong. Pelajar sebenarnya perlu menubuhkan ahli kumpulan seramai 10 atau 11 orang bagi satu kumpulan. Penubuhan kumpulan tersebut terhasillah VA Production. Suka duka bersama meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit untuk masa hadapan. Dari situ, saya mula mengenali pelbagai gelagat dan perwatakan ahli yang lain. Ada yang meninggalkan kebahagian dan ada juga yang menguji kesabaran. Adat berkumpulan, kelebihan dan kekurangan perlu diatasi bersama. Jika hanya memilih kelebihan, lebih baik bergerak solo bukan?

Seterusnya, buat Prof. Dr. Normaliza terima kasih untuk segala ilmu yang diberikan. Jujur di sudut hati kursus ini sangat membantu saya membuka mata bahawa ilmu multimedia teramat penting terutama apabila memohon peluang pekerjaan nanti. Walaupun, kami mengambil bidang bahasa tidak bermakna kami perlu mengabaikan ilmu multimedia. Zaman yang serba maju sehingga kami tidak mampu menghambatknya sebenarnya memberikan peringatan kepada kami untuk terus bergiat aktif dalam multimedia. Hehe ketegasan Prof. Dr. Normaliza kadangkala meninggalkan sedikit ketakutakan, namun ketegasan tersebut mengajar saya erti berdisiplin dan sentiasa kedepan dalam melakukan tugasan. Buat Prof. Dr. Normaliza, terima kasih untuk segala ilmu yang diajarkan kepada kami dan halalkan segala ilmu yang dipelajari. Doakan kami berjaya di masa hadapan. Saya doakan Prof. Dr. Normaliza semoga panjang umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Maaf salah dan silap yang sengaja dan tidak sengaja dilakukan. 

No comments:

Post a Comment

Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

 Tugasan ini memerlukan setiap kumpulan membuat pembentangan bagi buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rah...