Elemen: Warna
Tema: Pemandangan
Rujukan: https://www.gotravelly.com/blog/gunung-terindah-di-dunia/
Huraian: Gambar tersebut memenuhi aspek elemen
warna. Penggunaan warna yang tidak melebihi tiga iaitu warna hitam, biru dan
putih. Pemilihan warna yang diaplikasikan menunjukkan warna harmoni pada
pemandangan gunung iaitu Gunung Fuji di Jepun. Pada masa yang sama, pemilihan
warna menunjukkan ketenangan dan keindahan pemandangan gunung yang seolah-olah
berada di atas awan dan terdapat pokok-pokok yang menghiasi latar gambar. Gambar
yang diambil jelas menunjukkan pemandangan gunung pada waktu senja yang begitu
mempesonakan.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Rujukan: https://ohmedia.my/umum/9-tempat-makan-menarik-di-sunway-velocity-mall/
Huraian: Gambar tersebut menggunakan elemen teks
bagi poster makanan yang ditawarkan. Walaupun perkataan yang digunakan tidak
melebihi lima perkataan, namun mesej yang ingin disampaikan berjaya. Teks ringkas
yang digunakan menarik pelanggan terutama mereka yang menggemarinya. Oleh itu,
gambar tersebut mudah difahami dan ilustrasi makanan yang ditawarkan menjadikan
poster tersebut menarik perhatian.
Elemen: Mudah
Tema: Bunga Peony
Rujukan:https://indonesian.alibaba.com/product-detail/European-Artificial-Peony-Decorative-Party-Silk-62195736793.html
Huraian: Eelemen yang ditonjolkan dalam gambar tersebut ialah mudah. Gambar tersebut sememangnya sangat mudah difahami oleh sesiapa yang melihatnya. Panampilan bunga peony yang sedang berkembang menunjukkan unsur flora iaitu bunga ingin difokuskan dalam fotografinya. Mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan mungkin menarik minat pencinta bunga untuk memilikinya selepas melihatnya keindahannya.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Hiasan Dalaman
Rujukan: https://www.invaber.com/dalam-hiasan-dalaman
Huraian: Gambar tersebut menjelaskan elemen
kesesuaian. Kesesuaian gambar yang ditampilkan
bahagian ruang tamu yang sangat menarik dengan susunan perabot yang
kelihatan moden. Terdapat sofa, meja, lampu dan televisyen sangat sesuai di
bahagian ruang tamu rumah tersebut. Tambahan lagi, pemilihan warna hitam dan
putih yang sangat sesuai serta tingkap yang menunjukkan halaman rumah yang
cantik. Penggunaan ruang yang sangat bijak kerana hanya teko dan cawan yang
diletakkan di atas meja. Aksesori rumah yang dianggap melebih-lebih seperti
bunga hiasan yang sangat banyak di ruang tamu menunjukkan keselesaan apabila
menggunakannya.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Yoga
Rujukan:https://hellosehat.com/kebugaran/kelenturan/gerakan-olahraga-menjaga-keseimbangan-tubuh/
Huraian: Gambar tersebut berjaya
mengaplikasikan elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan ditonjolkan melalui
ilustrasi seorang lelaki yang sedang melakukan yoga dan menjadi fokus utama
dalam gambar tersebut. Keseimbangan yang lain dapat dilihat pada aktiviti yang
dilakukannya dengan mudah walaupun hanya menggunakan sebelah kaki. Selain itu,
ruang kiri dan kanan yang digunakan secara seimbang memfokuskan lagi watak
utama dalam gambar tersebut.
Gambar Sendiri
Elemen: Warna
Tema: Diri Sendiri
Huraian: Gambar tersebut menggunakan elemen
warna. Elemen warna dapat dilihat pada pakaian iaitu warna putih, koko dan
hitam yang menonjolkan watak utama dalam gambar. Penggunaan warna yang tidak
melebihi daripada tiga warna. Terdapat kesan kabur pada latar belakang gambar
menjadikan imej tersebut menonjol dengan warna pakaian yang dipakai. Oleh hal
yang demikian, elemen warna lebih menonjol dalam gambar tersebut serta pencahayaan
pada gambar yang sangat baik.
Elemen: Teks
Tema: Kanak-Kanak
Huraian: Gambar tersebut jelas menunjukkan
elemen teks ditampilkan pada latar belakang watak utama. Pemilihan fon yang sangat bijak kerana senang dibaca
oleh sesiapa sahaja dengan saiz yang sederhana besar. Watak kanak-kanak yang menjadi
fokus serta kehadiran elemen teks menjadikan gambar lebih menarik. Dalam pada
itu, penggunaan teks yang merujuk kepada ‘Kopi Pallet’ semakin menarik apabila
terdapat ilustrasi kopi yang menjelaskan kafe tersebut.
Elemen: Mudah
Tema: Sawah Padi
Huraian: Gambar tersebut menampilkan elemen
mudah. Mudah bermaksud gambar yang diambil mudah difahami iaitu menjelaskan
pemandangan sawah pada waktu petang. Tidak terdapat sebarang kekeliruan
sehingga gambar tersebut sukar difahami. Oleh itu, mesej yang ingin disampaikan
berjaya yang mana mampu menimbulkan ketenangan bagi sesiapa sahaja meminati panaroma
di jelapang padi terutama pada waktu petang. Keindahannya ditonjolkan lagi
melalui latar gunung, awan dan pokok yang menghiasi latar.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Janda Baik
Huraian: Gambar tersebut menggunakan elemen
kesesuaian. Kesesuaian dapat dilihat melalui latar gunung dan terdapat kawasan
petempatan yang menjadi penduduk di kawasan tersebut. Tambahan lagi, terdapat
awan yang tebal pada bahagian latar gambar yang menambahkan lagi keindahan
alam. Justeru, panorama yang dirakam mewujudkan unsur ketenangan dan
menunjukkan tempat tersebut sejuk seperti di kawasan tanah tinggi. Kesannya, elemen
kesesuaian menunjukkan gambar sangat indah dan menarik.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Taman Riadah
Huraian: Gambar tersebut menggunakan elemen
keseimbangan. Keseimbangan dapat dilihat melalui terdapat pokok rendang yang
berada di kiri dan kanan pada trek joging taman riadah. Elemen berikut
menyerlahkan lagi trek joging berkenaan. Pokok yang berada di kiri dan kanan
yang sama jenis sangat indah dan menenangkan bagi pengunjung di sana. Ia
menyerlahkan lagi elemen keseimbangan dalam gambar .
No comments:
Post a Comment